Titik Sinar Baharu: Membina Kekuatan Mental dan Keyakinan Diri Siswi

Oleh: Tan Yi Tong & Mirrah Mashihin

Pelajar yang menyertai program “Titik Sinar Baharu”

BANGI, 17 Mei 2026– Eksekutif Pentadbiran dan Eksekutif Kewangan Kolej Keris Mas di bawah anjuran Sekretariat Temasya Gemilang Kolej Keris Mas (TG2KM) telah menjalankan program “Titik Sinar Baharu” untuk membawa mesej yang besar bahawa setiap wanita berhak memiliki ruang untuk berkembang, didengari dan disokong.

Aktiviti yang dianjurkan adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan mahasiswi tentang kepentingan menjaga harga diri serta membina jati diri yang lebih berani dan berkeyakinan. Program ini berfokus kepada aspek pertahanan mental, kesihatan emosi serta permakanan yang sihat.

Suasana Bilik Seminar 1, Kolej Keris Mas dipenuhi rona hijau dan merah jambu apabila para peserta tampil mengenakan pakaian bertema strawberry matcha, selari dengan identiti program “The Strong Beginning” iaitu “Titik Sinar Baharu”. 

Menurut pengarah program, pelajar Siti Hajar Zaidi, warna “Strawberry Matcha” dipilih sebagai tema warna program adalah untuk mewujudkan suasana yang lebih ceria, menarik dan dekat dengan golongan wanita muda. Pemilihan tema pakaian juga bertujuan meningkatkan rasa keterlibatan peserta serta menjadikan pengalaman program yang lebih bermakna. Tambahan pula, kombinasi warna merah jambu dan hijau yang sinonim dengan tema strawberry matcha merupakan antara trend yang popular dalam kalangan wanita muda pada masa kini, sekali gus menjadikan program ini lebih dekat dengan minat dan identiti peserta. 

Beliau juga menekankan bahawa nama “Titik Sinar Baharu” dipilih bagi melihat program ini sebagai satu titik permulaan untuk membina kekuatan mental, emosi dan keyakinan diri. Program ini diwujudkan khusus bagi mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kemungkinan sedang menghadapi pelbagai tekanan seperti dari segi akademik, penampilan diri dan keyakinan peribadi.

Beliau turut menjelaskan bahawa wanita muda hari ini sering berdepan tekanan untuk memenuhi jangkaan masyarakat, sama ada dari segi pencapaian akademik mahupun penampilan diri, sehingga menjejaskan keyakinan diri dan kesejahteraan mental diri. Beliau berharap para peserta dapat membawa pulang kesedaran bahawa mereka mempunyai sokongan yang mampu membantu mereka apabila mereka menghadapi cabaran kehidupan, emosi dan mental.

Peserta boleh meluaskan jaringan sosial dan persahabatan di program ini supaya mereka mengetahui bahawa “You are not alone”, katanya.

image
image

Datin Dr. Norli @ Norlaili Hj Alias dan Puan Nor Aliah Che Ani

Antara kandungan utama termasuk perkongsian oleh Presiden Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia, Datin Dr. Norli @ Norlaili Hj Alias berkongsi tentang kepentingan membina ketahanan mental dan sokongan emosi dalam kehidupan wanita muda. 

Beliau mengingatkan peserta agar tidak memendam tekanan dan perlu mencari ruang untuk meluahkan perasaan dengan individu yang dipercayai. Beliau turut menggalakkan para peserta untuk meluahkan perasaan kepada ibu bapa apabila menghadapi tekanan. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa merupakan individu yang paling menyayangi anak-anak serta mengharapkan kejayaan dan kebahagiaan kita. Tambahan pula, beliau turut menekankan bahawa wanita perlu yakin dengan kebolehan diri sendiri, khususnya apabila berada dalam persekitaran yang dominasi lelaki.

Salah satu mesej yang sangat menyentuh hati adalah apabila beliau mengingatkan bahawa wanita tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk menjadi kuat. “We have to complement each other, not complete each other,” katanya. Wanita  perlu saling menyokong antara satu sama lain untuk mencapai kejayaan. Wanita perlu sentiasa bagi tahu sendiri bahawa “I can do it!” untuk menguatkan mental.

Sementara itu, perkongsian yang bermanfaat juga dikongsi oleh Puan Nor Aliah Che Ani, Dietitian Kinohimitsu yang membincangkan hubungan antara pemakanan dan kesihatan mental. Beliau menekankan bahawa kesejahteraan emosi mental bermula daripada penjagaan diri yang baik. Pemilihan makanan yang berkhasiat sentiasa mempengaruhi kesihatan mental.

You are what you eat”. Apa yang kita makan akan mempengaruhi tenaga, emosi dan kesihatan mental kita.” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa pengambilan gula dan minuman berkafien secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang mudah berasa letih dan kurang fokus. Sebaliknya, nutrient seperti omega dan antioksidan memainkan peranan penting dalam menyokong fungsi otak dan kestabilan emosi. Sebarang makanan yang berkhasiat dihidang oleh manusia akan menyebabkan kesihatan mental yang lebih kuat. Pada masa yang sama kestabilan emosi dapat dijamin dengan baik.

Program ini turut mendapat sokongan daripada Kinohimitsu yang menaja sampel produk kepada para peserta sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan dalaman peserta.

Salian daripada perkongsian ilmu, program ini juga membuka peluang kepada pelajar kursus keusahawanan untuk memasarkan hasil kreatifnya seperti gelang tangan dan bunga buatan. Inisiatif ini dapat mencerminkan sokongan pihak penganjur terhadap pembangunan bakat pelajar serta dapat menggalakkan mereka untuk meneroka peluang kerjaya.

Pada masa yang sama, program ini juga menjadi ruang untuk para pelajar membina jaringan persahabatan baharu. Melalui interaksi dan sesi perkongsian yang berlangsung sepanjang program, peserta dapat mengenali komuniti yang berbeza dan berkemungkinan boleh menjadi tulang belakang mereka apabila menghadapi cabaran dalam kehidupan.

Seiring dengan tema “Titik Sinar Baharu”, program ini membawa satu mesej yang jelas bahawa dalam perjalanan mancari kekuatan diri, kita mesti mempercayai sendiri dan kita bukan persendirian.