Oleh: Anis Najihah & Syaheera Danial

Gambar daripada sumber LinkedIn Iylia Balqis
BANGI, 25 MEI 2026 – Kekejaman Israel: Bekas Peserta Sumud Flotilla 1.0 mendedahkan tahanan Palestin diserang seksual dengan menggunakan batang kayu, seorang lagi dengan botol kaca, malah ada yang menjadi mangsa serangan seksual melibatkan anjing yang terlatih. Pendedahan penceritaan dikongsikan oleh aktivis kemanusiaan Iylia Balqis ketika menjelaskan maksud sebenar istilah “rogol” dalam konteks ‘sexual’ terhadap tahanan Palestin menerusi sebuah sesi Webinar Sumud Flotilla 1.0 pengalaman misi ke Gaza anjuran daripada pelajar tahun tiga jurusan Kerja Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Seorang bekas peserta misi kemanusiaan Sumud Flotilla 1.0, Iylia Balqis Binti Suhaimi menjelaskan penggunaan istilah “rogol” yang menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat Malaysia susulan dakwaan gangguan seksual yang melibatkan aktivis dan tahanan Palestin baru-baru ini di Sumud Flotilla 2.0.
Menurut Iylia, penggunaan istilah “rogol” ini adalah membawa maksud yang luas dan berbeza-beza mengikut skala yang dirasai oleh seseorang individu itu sendiri, sebaiknya masyarakat perlu lebih memahami bahawa istilah “rogol” tidak semestinya merujuk kepada perlakuan penetrasi semata-mata akan tetapi apabila melibatkan elemen seperti gangguan, penderaan, perlakuan tindakan yang membolehkan seseorang mangsa itu merasakan maruah dirinya seolah disentuh.
Iylia Balqis yang juga terlibat sebagai salah seorang kru di belakang tabir bagi Sumud Flotilla 2.0, Iylia yang merupakan seorang kru di dalam bahagian Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) menyimpulkan pemikiran masyarakat apabila mendengar perkataan “rogol” daripada aktivis Sumud Flotilla seolah-olah ia adalah satu terma yang merujuk kepada perlakuan yang buruk, masih ramai tidak memahami konteks sebenar terma tersebut digunakan sehingga menyebabkan pengalaman mangsa dipersoalkan dan diperlekehkan.
Iylia menjelaskan bahawa dalam sesetengah negara dan konteks antarabangsa, istilah “rogol” digunakan dengan skop yang lebih luas, Iylia turut memberi contoh penggunaan “search device”, “Satu device contoh, masa kita lalu immigration kalau kita pergi travel kita letak bag kita untuk di check immigration dan ada satu sesi di mana akan ada check pemeriksaan badan, kalau katakan pemeriksaan itu ‘over’, itu boleh dikategorikan sebagai sexual assault ataupun harassment depend on kita punya skala” – ulas Iylia Balqis.
Dalam penjelasan tersebut, Iylia turut berkongsi pengalaman kisah seorang wanita daripada Barcelona yang menganggap pertanyaan berbaur seksual daripada seorang lelaki yang menegur terhadap cara berpakaian sebagai satu bentuk gangguan seksual.
Tambah Iylia lagi, walaupun sesetengah individu mungkin menggangap perkara itu sekadar pertanyaan biasa, namun bagi mangsa ia boleh memberi kesan emosi dan psikologi yang mendalam sehingga dianggap sebagai serangan seksual.
Bekas peserta Sumud Flotilla 1.0, turut mengulas dengan lebih banyak lagi perkongsian kisah mengenai empat testimoni tahanan Palestin dan kisah ini turut dikongsi oleh sekumpulan peguam di sana yang dilantik.
Perkongsian dibuat bagi memberi gambaran jelas mengenai istilah “rogol’ digunakan dalam konteks ‘sexual harassment ataupun sexual assault’ yang berlaku terhadap tahanan Palestin, empat testimoni tersebut menjadi antara sebab kenapa terma “rogol” digunakan, melalui penceritaan pengalaman berbeza serta merujuk kepada tahap skala dalam terma “rogol” dan ianya berlaku sekadar pemeriksaan yang tidak melibatkan sentuhan.
Iylia menceritakan, testimoni pertama yang melibatkan seorang wanita tahanan Palestin mendakwa dirinya dirogol berkali-kali oleh tentera rejim israel semasa di dalam tahanan, selain itu, Iylia juga menyebut terdapat tiga orang lelaki tahanan Palestin juga didakwa menjadi mangsa penderaan seksual dengan menggunakan objek dan kaedah tidak berperikemanusiaan atau tidak masuk di akal.
Tambah Iylia lagi, penjelasan ini akan dibuat dalam bentuk video bagi tujuan untuk dipertonton oleh umum dan dalam masa yang sama ingin mendidik masyarakat berkenaan penggunaan terminologi “rogol”.
Jelasnya lagi, seorang tahanan lelaki mendakwa diliwat atau di rogol menggunakan batang kayu, manakala seorang lagi diperlakukan dengan menggunakan botol kaca, testimoni tahanan palestin yang keempat pula mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan seksual dengan melibatkan anjing yang telah dilatih untuk menyerang tahanan.
Iylia menegaskan dengan suara lantang bahawa kesemua tindakan tersebut tetap dikategorikan sebagai rogol dalam konteks hak asasi manusia kerana ia melibatkan penghinaan seksual dan penderaan yang melibatkan dengan maruah diri.
“Adakah masih menggunakan istilah rogol?, Iya, sebab apa yang dilakukan menyebabkan manusia itu merasa kotor, maka layak untuk mereka menggunakan istilah rogol walaupun tiada penetration skin to skin”, kita tak boleh menidakkan atau merendahkan apa yang mereka rasa hanya sebab kita rasa benda itu betul, katanya.
Sambung Iylia Balqis berkata lagi, “dan bayangkan anjing di didik nak kata sampai ke tahap itu, anjing di train untuk merogol orang lelaki di dalam tahanan setahap itu, betapa tidak manusianya mereka, dah tak tahu apa yang mereka rasa” – tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, Iylia juga mempertahankan penglibatan wanita dalam misi kemanusiaan dan aktivistisme antarabangsa berkaitan dengan Palestin, Iylia Balqis meluahkan rasa kecewa apabila terdapat sesetengah pihak yang menyalahkan dan mempersoalkan keberadaan atau penglibatan aktivis wanita di dalam misi Sumud Flotilla 1.0 dan 2.0 susulan dakwaan mengenai dakwaan menerima gangguan seksual yang berlaku dalam misi tersebut.
Menurutnya, fokus utama masyarakat seharusnya kembali kepada kekejaman yang dialami oleh rakyat Palestin dan bukannya menyerang aktivis-aktivis yang cuba membawa suara mangsa Palestin ke seluruh dunia.
“Saya tahap emosional itu sampai menangis balik kerja bila keluar je testimoni mengatakan diserang” katanya sambil menambah bahawa musuh sebenar ialah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat palestin, bukannya aktivis yang terlibat dalam usaha kemanusiaan” – jelasnya.

